Memang tidak diduga sama sekali,seperti tidak percaya cikgu Zack menerima sekeping kad ucap selamat hari jadi daripada anak muridnya Lofa.Kad kebiruan itu menyimpul rasa sayang dalam hati Lofa terhadap gurunya Zack.Akhir-akhir ini Lofa pulang lewat kerana mahu memandang cikgu Zack pulang.Lofa tidak peduli orang lain kata,yang pasti dia mula meminati mata pelajaran Bahasa Melayu.Dulu Lofa tidak meminati Bahasa Melayu.Peluang bertanya soalan yang tidak difahami,memberi peluang kepadanya mendekati cikgu Zack.
Sikin,Yus,kamal dan Fitri mula menyedari perubahan Lofa,gara-gara dia menolak setiap kali pelawaan kawan-kawan ke kantin,sebaliknya dia ke bilik guru berjumpa cikgu Zack.Catatan perasaan pada buku latihan yang baru dibeli menjawab semua telahan.
"Engkau ni ada hati kat cikgu Zack...helo kawan,kau tu masih bawah umur lagi...memang jauh langgit dengan bumi",bila Kamal mula lantang memarahi Lofa.Lofa terpacak sendirian.
Peluang mengikuti cikgu Zack ke Sekolah Teknik Wakaf Tembusu memang menyeronokan.Banyak aktiviti pelajar-pelajar sekolah menengah di ketahuinya.Layanan cikgu Zack kepada Lofa cukup memgembirakan hati Lofa.
Petang selasa seperti biasa sekolah Lofa mengadakan aktiviti Ko-kurikulum di padang sekolah.Hati Lofa sungguh terhiris melihat cikgu Zack berjalan dengan Yus,kawan baiknya.Tiupan angin di petang itu seolah-olah menampar pipinya.Lofa terus berlari pulang ke rumah tanpa menghadiri latihan sukan.Harapan Lofa,semuga cikgu Zack akan bertanya ketidakhadirannya.
Hati Lofa masih berbunga pada pagi esoknya.Dia menaruh seribu harapan agar Cikgu Zack akan menemuinya.Subjek Bahasa Melayu berlalu tanpa kehadiran guru.Hati Lofa mula resah,sedikit-demi sedikit bunga harapannya terkulai..
Loceng berbunyi panjang menamatkan waktu persekolahan yang menjemukan Lofa.Dia menggalas beg sandang merah jambunya.Menunggu di tempat menunggu di kawasan sekolah.Cikgu Zack tidak jua kelihatan.Hati Lofa berlagu resah...
"Kau tak nak balik ke Lofa?"Lofa dikejutkan oleh kawan sekelasnya Fitri."Cikgu Zack pergi kursus.....esok dia balik la.....jangan risau,tak kan larinya gunung di kejar".Merah padam wajah Lofa.Kalau diikutkan hatinya,mahu di tampar mulut celupar Fitri yang menyindirnya.Dia tidak mahu sayangnya kepada cikgu Zack diketahui oleh guru-guru lain.
Pagi esoknya seperti biasa cikgu Zack masuk ke kelas Lofa.Tersenyum cikgu Zack melihat sebungkus nasi lemak di atas meja terselit secebis kertas buku latihan di selit rapi.Orang yang sama agaknya,cikgu Zack membuat andaian.
"Terima kasih cikgu kerana sudi mendidik dan mengajar Lofa.Semuga cikgu bahagia pada hari ini.Jasa cikgu....Lofa akan kenang selagi hayat di kandung badan......Lofa Adriana Adnan".Lofa sayang cikgu.Mungkin ini tidak wajar,tapi itulah Lofa alami sekarang,namun percayalah Lofa tidak akan mengabaikan pelajaran....Lofa harap cikgu mengerti coretan ini......terima kasih...Lofa Adriana".
Perlahan-lahan cikgu Zack melipat coretan itu.Hatinya mula bimbang.Ketakutan dan rsa bersalah berlegar-legar di fikiran.Terkial-kial cikgu Zack mencari jawapan.Jika tidak insiden hebat akan berlaku.
Seminggu lagi sekolah akan bercuti.Cikgu Zack memanggil Lofa di tangga berdekatan dengan kantin sekolah.Cikgu Zack tidak memarahi Lofa.Beliau faham.Lofa masih muda.Perasaan yang dialami oleh Lofa itu hanya cinta monyet.Biasalah jiwa remaja perempuan meningkat ke alam remaja.
Cikgu Zack mengatakan cikgu juga silap melayan Lofa keterlaluan sehinggakan tumbuh perasaan sayang dan cinta dalam diri Lofa kepada cikgu.Cikgu memohon maaf,pastinya cikgu melukai hati Lofa.Pengakuan cikgu Zack membuatkan Lofa resah dan tidak keruan.
" Mustahil cikgu menerima cinta Lofa...cikgu anggap Lofa seperti adik cikgu sendiri...mungkin Lofa tersalah tafsir....jarak umur Lofa dan cikgu terlalu jauh...dan yang lebih penting...insyaAllah Lofa akan menghadapi peperiksaan UPSR..Lofa jangan bimbang...yang penting Lofa mesti berjaya dalam peperiksaan.Cikgu ingin melihat Lofa melakar kejayaan...percayalah"Lofa tunduk membisu dan dirinya diseliputi perasaan malu yang amat sangat.
" Lofa berjanji dengan cikgu..jika Lofa sayangkan cikgu,Lofa akan menghadapi keadaan ini dengan rasional.Lofa berjanji akan mengukir tugu kejayaan,tanda keiklasan Lofa untuk mengubah diri dan keluarga....itu yang lebih penting".Kelompak mata Lofa terus digenangi air jernih."Cikgu terima kasih,kerana menyedarkan Lofa dari mimpi yang tak sudah..Lofa berharap,cikgu dapat menyimpan rahsia ini dari pengetahuan cikgu-cikgu lain". Lofa mengesat air matanya lalu berjalan menuju ke kantin sekolah....Cikgu Zack tersenyum sendirian....hatinya berbisik.." Dunia semakin canggih,anak murid terlalu cepat dewasa.....

No comments:
Post a Comment