Terang bulan di malam sepi
Memancar cahayanya di pokok kelapa
Hidup di dunia berbuatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa.
Menulis surat di dalam gelap
Hurufnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Kalau tersilap mendapat bencana.
Subur tumbuh pokok kelapa
Buahnya banyak bertali-tali
Turuti kata ibu dan bapa
Sombong jangan sekali-kali.
Kalau tuan hendak ke Jambi
Singgah dahulu di Kota Belawan
Kalau hidup tidak mahu dikeji
Hendaklah baik semua kelakuan.
Burung Tiung terbang tinggi
Pulang petang mencari sarang
Kalau sombong meninggi diri
Kemana-mana dibenci orang.
Hajat hati menanam betik
Betik masak manis rasanya
Segala kerja mesti diselidik
Kalau tidak buruk padahnya.
Hasil Karya,
Muhammad Haikal Iskandar
6 Inovatif...
No comments:
Post a Comment