Sunday, 30 October 2011

Kata Majmuk Yang Telah Mantap.


Sebahagian kecil kata majmuk yang telah mantap boleh didekatkan apabila menulisnya,yakni dieja satu perkataan:-

Contoh kata majmuk itu =

1. antarabangsa                                                                   15. manakala
2. apabila                                                                            16. kerjasama
3. apahal                                                                             17. olahraga
4. apalagi                                                                            18. padahal
5. bagaimana                                                                       19. pesuruhjaya
6. barangkali                                                                       20. sediakala
7. beritahu                                                                           21. setiausaha
8. bumiputera                                                                       22  sukacita
9. daripada                                                                          23. sukarela
10. dukacita                                                                         24. suruhanjaya
11. jawatankuasa                                                                 25. tandatangan
12. kakitangan                                                                     26. warganegara
13. kepada                                                                  
14. darihal                                                                        




Saturday, 29 October 2011

Bahasa Istana


Santap ( makan )

Iram-iram ( Payung )





Kaus = kasut atau sepatu

Kaus= ( kasut, sepatu )






Perkataan Seerti ( Sinonim )




1. Mengandar =  membawa barang dengan kandar, menggalas, memikul.
  

2. Menuntun =  mengheret basikal, kerbau dan lain-lain.
            

Kosa Kata: Sinonim



1.
Sinonim ialah perkataan  yang sama erti atau maknanya.
2.
Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata denganmakna.
3.
Di dalam kertas UPSR, soalan yang berkaitan dengan sinonim kerap ditanyakan. Ada kalanya, soalan tentang sinonim turut ditanyakan dalam bahagian pemahaman.
4.
Yang berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan dengan sinonimnya.

Perkataan
Sinonim 
Askar
perajurit; soldadu; tentera
Awas
hati-hati; hemat; ingat-ingat; waspada
Azab
derita; kesengsaraan, penderitaan, seksaan, sengsara.
Benar
betul, sah, sejati, sungguh
Bijak
berakal, cendekia, cerdik, pintar, pandai
Buruk
hodoh, lama; usang
Carik
cabik; koyak; robek; sobek
Cerdik
berakal; bijak; pandai; pintar
Cocok
akur; sama; sepadan; sepakat; sesuai; setuju; tepat.
Daya
akal; ikhtiar; jalan; kekuatan; kemampuan; muslihat; pengaruh; tenaga; tipu (memperdaya) menipu
Erat
karib; kuat; rapat; teguh
Handal
cekap; bijak; gagah; setia
Khayal
angan-angan
Tulus
ikhlas, jujur

Thursday, 27 October 2011

Nilai Murni






1.BAIK HATI
-belas kasihan-bersimpati terhadap kesusahan orang lain.
-bertimbang rasa-mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.
-murah hati-memberi bantuan srcara ikhlas kepada yang memerlukan.
-saling memahami-sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami
perasaan dan keperluan orang lain.
-saling bermaafan-sanggup meminta maaf dan memaafkan.

2.BERDIKARI
-berupaya bertindak sendiri-sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.
-yakin diri sendiri-percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

3.HEMAH TINGGI
-kesopanan-berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan.
-mengakui kesilapan sendiri-sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
-ramah mesra-sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4.HORMAT-MENGHORMATI
-hormat / taat ibubapa /guru/org tua/jiran –memuliakan dan patuh kepadamereka,menunjukkan rasa hormat,serta memberi layanan yang baik kepada mereka.
-hormat kpd kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum.
-hormat kpd kerajaan dan negara-menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara.
-hormat undang-undang-mematuhi undang-undang setiap masa.
5.KASIH SAYANG
-sayang diri sendiri 
-sayang orang lain
-sayang alam sekitar-memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.
-sayangkan negara
6.KEADILAN
-adil dalam sesuatu perkara-membuat pertimbangan dan keputusan secara positif,menyeluruh dan bersesuaian.
-saksama/tidak berat sebelah-tidak menyebelahi sesuatu pihak sahaja dalam  membuat keputusan/pertimbangan.


7.KEBEBASAN
-boleh lakukan sesuatu asalkan tidak melanggar peraturan dan batasan undang-undang yang telah ditetapkan.
8.KEBERANIAN
-berani mencuba-berani melakukan sesuatu yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
-berani kerana benar-berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya  dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9.KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
-kebersihan diri-kebersihan anggota badan kita.
-kebersihan persekitaran-memelihara alam sekitar/sekeliling supaya bersih dan
bebas kotoran/pencemaran.
-kebersihan minda/mental-pertuturan/pelakuan yang terpuji dan perlu diamalkan  oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.


10.KEJUJURAN
-amanah-bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan  dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
-ikhlas—melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.
-bercakap benar-menyatakan perkara yang benar tapa menokok  tambah/berselindung.
11.KERAJINAN
-daya usaha/bersungguh-sungguh-mempuanyai inisiatif,kreativiti dan untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
-dedikasi-berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12.KERJASAMA
-gotong-royong-melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela
-toleransi/tolak ansur- -dapat mengawal /mengelakkan berlakunya perselisihan.
-perpaduan-bersefahaman dan bekerjasama di peringkat  keluarga,masyarakat,negara dan antarabangsa.

13.KESEDERHANAAN
-pertuturan dan pelakuan yang sederhana-tidak berkelakuan melampai batas  serta menyinggung perasaan orang lain.
-sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri-sederhana dalam  menimbangkan kepentingan orang lain.

14.KESYUKURAN
-berterima kasih-melahirkan perasaan untuk menjelaskan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,pertolongan,sumbangan daan sebagainya.


15.PATRIOTISME
-semangat cintakan negara-berbangga dan taat setia serta berusaha untuk  memajukan negara.
-sanggup berkorban untuk negara-demi mempertahankan negara .

16.RASIONAL
-membuat pertimbangan-dengan mengambil kira baik dan buruk.
-dapat berfikir secara waras/menggunakan akal yang logik apabila melakukan  sesuatu perkara/membuat keputusan.

17.SEMANGAT BERMASYARAKAT
-bermuafakat-mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.
-kejiranan-tolong menolong dan kerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat.
-peka terhadap isu sosial dalam masyarakat-memahami masalah masyarakat dan berusaha selesaikannya.


18.SETIAKAWAN
-setia dalam bersahabat


19.MENGHARGAI
 -menghargai pertolongan-berterima kasih atas pertolongan
-menghargai kejayaan-mengucapkan tahniah atas kejayaan-
-menghargai anugerah tuhan-ucapkan kesyukuran
-menghargai jasa guru-ucap terima kasih kepada guru




Hukum D-M




Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah. Hal yang sama dapat dilihat pada frasa ‘lain-lain hal’ sedangkan hakikatnya kita merujuk ‘hal’ bukannya ‘lain-lain’. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah ‘hal-hal lain’ kerana ‘hal’ tersebut yang banyak bukannya ‘lain’. Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan ‘sedap’ bunyi sebutan yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya konsisten. Misalnya kita tidak akan menyebut ‘tua kelapa’ bagi merujuk ‘kelapa yang sudah tua’, sebaliknya dalam apa-apa juga keadaan kita akan menyebut ‘kelapa tua’ bagi merujuk frasa nama berkenaan.



Pembentukan Hukum D-M

Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Hukum D-M tergolong dalam bahagian frasa nama. Pada dasarnya (D) merujuk aspek yang ‘Diterangkan’ manakala (M) merujuk aspek yang ‘Menerangkan’. Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu ‘diterangkan’ harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang ‘menerangkan’. Misalnya apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan ‘pisang’ sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli ‘goreng’ sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi ‘pisang goreng’ bukannya ‘goreng pisang’ kerana ‘goreng pisang’ merujuk ‘goreng’ sebagai perkataan yang mahu diterangkan iaitu kata kerja dan ‘pisang’ sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut ‘goreng pisang’ kita seharusnya merujuk frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.

Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang‘Diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘Menerangkan’ merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Contohnya:



Bil. Unsur Diterangkan (D) Unsur Menerangkan (M) Keterangan Frasa

1 - Kelapa - tua - buah kelapa yang sudah tua

2 - Orang - muda - orang yang masih muda

3 - Guru - sains - guru yang mengajarkan sains

4 - Serbuk - cili - serbuk yang dibuat daripada cili

5 - Sos - tomato - sos yang dibuat daripada tomato

6 - Restoran - Zaini - restoran kepunyaan Zaini

7 - Kedai Buku - Harris - kedai buku kepunyaan Harris

8 - Keledek - goreng - keledek yang telah digoreng

9 - Kacang - rebus - kacang yang sudah direbus

10 - Rendang - daging - rendang yang dibuat daripada daging.

11 - Susu - lembu - susu yang diambil daripada lembu

12 - Lembu - susu - lembu yang mengeluarkan susu



Kebanyakan kekeliruan yang timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur Bahasa Melayu. Misalnya dalam bahasa Inggeris ‘Restoran Yusof’ disebut sebagai ‘Yusof Restaurant’. Hakikatnya dalam bahasa Melayu kita memperkatakan ‘Restoran’ yang dimiliki oleh Yusof, maka seharusnya kita meletakkan unsur ‘Restoran’ pada kedudukan pertama sebagai aspek yang ‘Diterangkan’ barulah diikuti oleh ‘Yusof’ sebagai unsur yang ‘Menerangkan’ iaitu yang memiliki restoran berkenaan. Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai ‘Restoran Yusof’. Dari sudat makna, jika disebut ‘Yusof Restoran’, maka sebenarnya kita merujuk kepada ‘Yusof’ sebagai ‘restoran’. Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya sebuah restoran.

Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Misalnya frasa nama ‘susu lembu’ merujuk maksud ‘susu yang diambil daripada lembu’. Manakala ‘lembu susu’ merujuk maksud ‘lembu yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya’. Maka dari segi ayat haruslah disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan. Contohnya;

1. Ahmad minum susu lembu pada setiap pagi.

2. Ahmad memelihara beberapa ekor lembu susu.



Ulasan:

Ayat 1 merujuk kepada susu. Manakala ayat 2 merujuk kepada lembu yang dipelihara bagi mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada ‘lembu susu’ maka dari segi maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin ‘Ahmad minum lembu’ sedangkan hakikatnya ‘Ahmad minum susu’. Manakala ayat 2 pula jika diubah kepada ‘susu lembu’ juga menimbulkan kekacauan maksud ayat kerana tidak mungkin ‘Ahmad memelihara susu’, sedangkan maksud yang tepat ialah “Ahmad memelihara lembu’.



Kekeliruan Hukum D-M

Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat beberapa kekeliruan kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai dalam pertuturan harian sebagai frasa yang betul. Hal ini berpunca daripada pemahaman masyarakat (masyarakat memahami frasa tersebut) terhadap frasa berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa perkara ini menyalahi hukum pembentukan frasa nama.

Antara frasa nama yang kerap menimbulkan kekeliruan ialah;



Bil. Bentuk Yang Salah -Bentuk Yang Betul

1. - lain-lain hal - hal-hal lain

2. - lain-lain perkara - perkara-perkara lain

3. - lain-lain masalah - masalah-masalah lain

4. - lain-lain kata - kata-kata lain

5. - warung goreng pisang - warung pisang goreng

6. - Adnin Kedai Runcit - Kedai Runcit Adnin

7. - tomato sos - sos tomato

8. - pencuci serbuk - serbuk pencuci

9. - Tan Klinik Gigi - Klinik Gigi Tan

10. - petrolium gas - gas petrolium



• Semua bentuk di atas bertentangan dengan pembentukan hukum D-M dari segi maksud frasa berkenaan kerana unsur utama (‘Diterangkan’) terletak di belakang unsur yang ‘Menerangkan’. Semua bentuk di atas merupakan terjemahan terus mengikut struktur bahasa Inggeris.

Wednesday, 19 October 2011

Kata Pemeri Dan kata Nafi






Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai pemeri hal atau perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat bukanlah sesuatu yang wajib sebagaimana penggunaan ‘is’, ‘are’ ataupun ‘a’ dalam struktur Bahasa Inggeris.

Penggunaannya agak terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat Bahasa Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan penggunaannya dalam pembentukan ayat-ayat yang salah ataupun tidak gramatis khususnya apabila digunakan pada awal ayat di hadapan frasa kerja ataupun kata kerja.

Kesalahan Contoh:

1. Adalah diberitahu bahawa mesyuarat PIBG tersebut akan ditangguhkan ke minggu depan.

2. Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa anak bulan Syawal tidak kelihatan.

3. Tingkah lakunya yang sombong itu adalah menyebabkan orang ramai benci kepadanya.

Ayat-ayat di atas seharusnya menggugurkan kata pemeri ‘adalah’ bagi membentuk ayat-ayat yang betul dan gramatis.

Terdapat dua kata pemeri yang digunakan sebagai pemeri hal dalam Bahasa Melayu iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’.

i) Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’

Kata pemeri ini digunakan di hadapan frasa nama ataupun kata nama untuk menunjukkan pertalian antara subjek dan predikat ayat ataupun dengan kata lain untuk memerihalkan subjek ayat.

Ayat Contoh:

1. Yang turut hadir dalam majlis hari jadinya ialah beberapa orang guru.

2. Antara sebab utama pelajar melepak ialah pengaruh daripada rakan-rakan sebaya.

3. Perkara yang paling penting sekarang ialah pemulihan ekonomi negara.

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’

Kesalahan yang biasa dilakukan semasa penggunaan kata pemeri ‘ialah’merupakan penggabungannya dengan kata nafi ‘bukan’ dan ‘tidak’.

Kesalahan Contoh:

1. Mereka ialah bukan pelajar sekolah tersebut.

2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana ialah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.

Ayat sepatutnya:

1. Mereka bukan pelajar sekolah tersebut.

2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.

Satu lagi kesalahan penggunaan ‘ialah’ berlaku apabila digabungkan dengan kata kerja ataupun kata adjektif. Sepatutnya ‘ialah’ digunakan bersama-sama dengan kata nama sahaja.

Kesalahan Contoh:

3. Mereka ialah memberitahu kami tentang kejadian tersebut.

4. Orang tua itu ialah terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal.

Ayat sepatutnya:

3. Mereka yang memberitahu kami tentang kejadian itu.

4. Orang tua itu terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal.

Ulasan:

Dalam keempat-empat contoh kesalahan di atas, disebabkan penggunaan kata pemeri yang tidak perlu, maka kata pemeri yang digunakan perlu digugurkan.

ii) Penggunaan Kata Pemeri ‘Adalah’

Kata pemeri ‘adalah’ boleh digunakan secara lebih meluas berbanding kata pemeri ‘ialah’. Kata pemeri ini dapat digunakan di hadapan kata adjektif, frasa sendi nama dan dapat hadir bersama binaan kata nafi ‘tidak’ yang digabungkan dengan kata adjektif (adalah + kata nafi ‘tidak’ + adjektif).

Ayat Contoh:

1. Tawaran biasiswa tersebut adalah khusus untuk pelajar Bumiputera sahaja.

2. Kenyataan yang diberikannya adalah tidak benar.

3. Buku-buku itu adalah hasil daripada pengalamannya semasa menjadi tentera.

4. Tindakannya ketika menyelesaikan masalah itu adalah tidak wajar.

Kesalahan ayat:

Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh digunakan bersama kata nafi ‘bukan’ dan dalam binaan frasa kerja.

Kesalahan Contoh;

1. Buku-buku itu adalah bukan untuk kamu.

2. Kegagalannya adalah disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran.

3. Adalah dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok.

4. Tuan-tuan adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan.

Ayat sepatutnya;

1. Buku-buku itu bukan untuk kamu.

2. Kegagalannya disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran.

3. Dengan ini dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok.

4. Tuan-tuan dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan.

Ulasan:

Penggunaan kata pemeri dalam contoh kesalahan ayat di atas tidak perlu dan mesti digugurkan. Secara ringkasnya, penggunaan kata pemeri bukanlah sesuatu yang amat perlu dalam ayat-ayat Bahasa Melayu sebagaimana struktur ayat Bahasa Inggeris. Penggugurannya dalam ayat-ayat tertentu tidak menjejaskan makna ayat.

iii) Penggunaan Kata Nafi ‘Bukan’ dan ‘Tidak’

Secara umum terdapat dua perkataan kata nafi dalam Bahasa Melayu iaitu ‘bukan’ dan ‘tidak’

Kata nafi ‘bukan’ digunakan dalam binaan Frasa Nama dan Frasa Sendi Nama.

Ayat Contoh:

1. Itu bukan sekolah saya. (Frasa nama)

2. Orang tua itu bukan bapa saya. (Frasa nama)

3. Hadiah itu bukan untuk kami. (Frasa sendi nama)

4. Dia bukan orang kampung kami. (Frasa nama)

Kata nafi ‘tidak’ pula digunakan dalam binaan Frasa Kerja dan Frasa Adjektif.

Ayat Contoh:

1. Bapa saya tidak tidur semalaman kerana menunggu kepulangan kakak. (Frasa kerja)

2. Kami tidak menjemputnya hadir dalam majlis itu. (Frasa kerja)

3. Pemergiannya ke kota tidak direstui oleh ibunya yang sudah tua. (Frasa kerja)

4. Dia merasakan bahawa pembahagian harta pusaka bapanya tidakadil. (Frasa adjektif)

Kesalahan umum yang kerap dilakukan dalam binaan kata nafi ialah penggunaannya pada frasa yang tidak tepat. Dengan kata-kata lain disalahgunakan pada frasa yang tidak seharusnya digunakan kata nafi berkenaan.

Kesalahan Contoh;

1. Buku ini tidak untuk pelajar tingkatan tiga.

2. Orang tua itu tidak dari kampung kami.

3. Wang yang diperolehnya tidak daripada rezeki yang halal.

4. Dia marah kerana anaknya bukan mendengar nasihat yang diberikannya.

5. Tindakannya bukan wajar semasa menangani masalah itu.

Ayat sepatutnya;

1. Buku itu bukan untuk pelajar tingkatan tiga.

2. Orang tua itu bukan dari kampung kami.

3. Wang yang diperolehnya bukan daripada rezeki yang halal.

4. Dia marah kerana anaknya tidak mendengar nasihat yang diberikannya.

5. Tindakannya tidak wajar semasa menangani masalah itu.

Ulasan:

Kata nafi ‘bukan’ boleh digunakan pada frasa kerja dan frasa adjektif jika menunjukkan maksud bertentangan, namun harus digunakan bersama kata hubung ‘tetapi’.

Ayat Contoh:

1. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain-main sahaja.

2. Mereka bukan hendak memukul kamu tetapi hendak membantu kamu.

3. Kata-katanya bukan membawa kebaikan tetapi hanya membawa keburukan.

4. Dia bukan sahaja malas tetapi nakal juga.

Friday, 14 October 2011

Penjodoh Bilangan

Angkatan

Penggunaan : Digunakan untuk membilang tentera dan peralatan yang berkaitan dengan tentera.

Contoh:         kapal perang, kapal terbang pejuang, tentera


Contoh ayat:   1.   Kerajaan telah menghantar seangkatan tentera ke negara
                            Bosnia untuk mngekalkan keamanan di negara itu.




Baris


Penggunaan    :      Digunakan untuk membilang benda yang tersusun kemas dalam satu baris.



Contoh           :     rumah teres, gigi, ayat, askar, tulisan, kerusi



Contoh ayat:        1.  Zalina perlu menulis lima baris ayat lagi untuk menyiapkan karangannya.









mata kail

Bentuk              



Penggunaan:     Digunakan untuk membilang benda yang melengkung.



Contoh      : cincin, mata kail



Contoh ayat:   1.Ayah membawa lima bentuk mata kail yang baru untuk pergi memancing.





Berkas


Penggunaan     :    Digunakan untuk membilang benda yang telah disusun atau diikat.


Contoh            :    kayu api, buluh, lidi. sirih, surat


Contoh ayat     : 1  Seorang posmen sedang menyusun beberapa berkas surat di dalam bakul motosikalnya.




sebilah parang



Bilah.


Penggunaan:  Digunakan untuk membilang benda yang tajam.


Contoh :        pisau, parang. kapak, keris.


Contoh ayat   : 1  Polis berjaya merampas tiga bilah parang daripada kumpulan penyamun itu.



Blok


Penggunaan  :   .Digunakan untuk membilang deretan bangunan atau bongkah yang besar
                         
Contoh         :    bangunan, kain, batu-bata


Contoh ayat:     1.  Para pekerja sedang menyusun beberapa blok kain di dalam setor.