Thursday, 24 November 2011

Selamat Bercuti Kepada Semua Guru SKSS1 @ Selamat Pengantin Baru Cikgu Fadli.....

  Selamat bercuti kepada semua guru dan gunalah sepenuhnya kesempatan untuk mendekati anak-anak juga suami mahupun isteri.Bawalah keluarga makan angin ke mana saja agar perhubungan kekeluargaan semakin erat dan bertambah ikatan kasih sayang suami isteri...

      Kepada Cikgu Fadli yang bakal melayari bahtera kehidupan bersama yang tersayang pada 25hb,Nov. 2011 kami guru Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Cikgu Fadli sentiasa tenang dan damai disamping isteri tersayang. Jadilah seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab dan binalah sebuah keluarga yang bahagia dan menjadi suami yang soleh.....

      Gunakan juga masa dan ketika ini untuk kita mengabdikan diri kepada Allah dan  mencari bekalan  untuk ke sana nanti disamping mencari  kebahagian di dunia ini.....usah ditinggalkan..

Posted By Des Iskandar

Thursday, 10 November 2011

Pantun


Terima kasih daun keladi
Jasa APMT amat kami hargai
Ladap pertama dapat kami jalani
Semuga kualiti P&P dapat ditingkati.

Tahniah Puan Yusnita...Dan Terima Kasih Daun Keladi....

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana bimbingan mengenai laman web itu tadi,  dan kami  akan gunakan pengetahuan yang baru dipelajari ini untuk kebaikan bersama.

Daripada: Guru-Guru Bahasa Melayu SKSS1....

Lawatan Penanda Aras Dan Ladap 2011 SKSS 1

Kami guru dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, sedang mengikuti kursus Ladap berkaitan dengan cara-cara melayari blog yang telah disampaikan oleh Puan Yusnita Md Yunus.  Terima kasih Puan Yusnita....

PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK @ CITITEL EXPRESS, KUALA LUMPUR




Cikgu Gayah selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu telah dijemput untuk membentang Pelan Strategik bagi tahun 2012 – 2014 kepada semua guru.

Sunday, 6 November 2011

Imbuhan memper........kan



Tahukah anda jumlah dan perkataan yang boleh menerima imbuhan memper-----kan. Ada yang berpendapat imbuhan ini seakan-akan bentuk lewah dalam bahasa Melayu, tetapi tidak sebenarnya.

Memper...kan bergabung dengan kata nama dan kata kerja membentuk kata kerja. 

Contoh: 

memperisterikan;mempersendakan;memperjodohkan;






memperdengarkan;
memperlihatkan;memperbahaskan. 

bentuk yang lewah ialah bentuk terbitan dengan apitan memper...i seperti memperolehi,memperbaiki,memperakui. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu hal. 198-201. 

Peribahasa dalam karangan ditulis terus bersama-sama dengan ayat yang dibina. 

Contoh: 

Dia bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Thursday, 3 November 2011

Penggunaan Kendatipun


Kendatipun

Maksud :

walaupun, meskipun, biarpun

Contoh ayat :

kendatipun tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah masuk juga.

Wednesday, 2 November 2011

Cari Perbezaan Amboi Dan Wah



Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), 
contoh: 
Wah, dahsyat sungguh kejadian itu!.
Wah,rajin sungguh kamu berdua menolong ayah mencuci kereta!

Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang.
Contoh:
Amboi, lajunya kereta itu bergerak!  
Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya.