Tuesday 17 January 2012

Kem Teknik Menjawab Bahasa Melayu ( Penulisan)





  Pada 17hb. Januari  2012 murid-murid Tahun 6 didedahkan   dengan  teknik menjawab kertas penulisan Bahasa Melayu yang diadakan di Dewan Sulaiman. SKSS1. Cikgu Gayah selaku ketua Panatia Bahasa Melayu telah memberi sedikit info terkini cara-cara menjawab kertas penulisan yang turut dibantu bersama oleh Cikgu Mohd Zaki.,Cikgu Rozita,Cikgu Anisah dan Cikgu Rahanum. Harapan semua guru Bahasa Melayu  agar  murid-murid dapat aplikasikan nanti ketika menjawab soalan....penulisan....

Thursday 24 November 2011

Selamat Bercuti Kepada Semua Guru SKSS1 @ Selamat Pengantin Baru Cikgu Fadli.....

  Selamat bercuti kepada semua guru dan gunalah sepenuhnya kesempatan untuk mendekati anak-anak juga suami mahupun isteri.Bawalah keluarga makan angin ke mana saja agar perhubungan kekeluargaan semakin erat dan bertambah ikatan kasih sayang suami isteri...

      Kepada Cikgu Fadli yang bakal melayari bahtera kehidupan bersama yang tersayang pada 25hb,Nov. 2011 kami guru Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Cikgu Fadli sentiasa tenang dan damai disamping isteri tersayang. Jadilah seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab dan binalah sebuah keluarga yang bahagia dan menjadi suami yang soleh.....

      Gunakan juga masa dan ketika ini untuk kita mengabdikan diri kepada Allah dan  mencari bekalan  untuk ke sana nanti disamping mencari  kebahagian di dunia ini.....usah ditinggalkan..

Posted By Des Iskandar

Thursday 10 November 2011

Pantun


Terima kasih daun keladi
Jasa APMT amat kami hargai
Ladap pertama dapat kami jalani
Semuga kualiti P&P dapat ditingkati.

Tahniah Puan Yusnita...Dan Terima Kasih Daun Keladi....

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana bimbingan mengenai laman web itu tadi,  dan kami  akan gunakan pengetahuan yang baru dipelajari ini untuk kebaikan bersama.

Daripada: Guru-Guru Bahasa Melayu SKSS1....

Lawatan Penanda Aras Dan Ladap 2011 SKSS 1

Kami guru dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, sedang mengikuti kursus Ladap berkaitan dengan cara-cara melayari blog yang telah disampaikan oleh Puan Yusnita Md Yunus.  Terima kasih Puan Yusnita....

PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK @ CITITEL EXPRESS, KUALA LUMPUR




Cikgu Gayah selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu telah dijemput untuk membentang Pelan Strategik bagi tahun 2012 – 2014 kepada semua guru.